Thursday, December 8, 2011

kitab cinta

Puisi Awak, Kita Ini Bercintakah?

Awak,
Kita tidak berpegangan tangan seperti mereka,
melafaz kata cinta berbalas-balasan,
bahkan sering ada jarak antara kita,
dan wujud pelbagai batasan,

Kita ini bercintakah?

Awak,
Kita ini tidak sering berhubungan,
tiada bicara manis,
dan masing-masing sibuk dengan diri untuk dipersiapkan.

Kita ini bercintakah?

------------------------------​--------------

Ya,
Kita ini bercinta,
cuma bukan dengan definisi mereka.
Tetapi dengan definisiNya.

Belum waktunya untuk melangkaui batas yang ada,
sekarang adalah masa untuk mempersiapkan diri kita.
Manis hubungan bukan pada pegangan tangan,
juga bukan pada bicara kata,
tetapi dengan hubungan kita terhadap Tuhan,
dan sejauh mana kita menjaga pasangan dari neraka.

Nanti bila bersama,
kita bukanlah keluarga biasa,
bahkan pasangan yang siap untuk menembus syurgaNya.

Awak,
bukankah itu adalah cinta?

~Hilal Asyraf~
1238
111011
Irbid,
Jordan

ps: Pernah cakap pada diri, kalau mahu jadi jiwang, jadi jiwang yang luar biasa.
Kitab Cinta adalah album di mana saya akan melonggokkan segala puisi-puisi saya berkenaan Cinta. Enjoy!
Oleh: Hilal Asyraf(Official)

p/s ; maaf2 penulis selalu nya tak letakan gambar ..insyaALLAH .masa2 lapang sya letakan gambar

Wednesday, November 30, 2011


Harga cinta,
Mahal padaku melebihi gunung,
Kerana cinta bukan sekadar pada manusia,
Tetapi bermula dengan Tuhanku Yang Maha Agung.

Kalau benar cinta hendak bersama hingga ke syurga,
Kerana pencinta kepada Rabbku semuanya berhajat ke sana,
Dari situ dasar cinta aku bina,
Kepada makhluk yang lainnya.

Tidak akan aku bawa kepada murkaNya,
Tidak akan aku tarik kepada nerakaNya,
Tidak pula aku akan susahkannya dengan dosa-dosa,
Sambil menjaganya, diriku aku perhatikan jua.

Harga cinta padaku mahal,
Apakah yang lebih mahal daripada syurga?
Itulah dia cintaku,
Membawa ke sana,
Bukan kepada selainnya.

Apa-apa yang ke neraka,
Menjemput murkaNya,
Itu bukan cinta,
Buat aku yang memahaminya.

~ Hilal Asyraf ~
0809
301111
Irbid,
Jordan.

video khas utk mu